Driver Rating Pemandu Grab

Ratings GRAB

 

Terdapat tiga (3) jenis ratings untuk Pemandu Grab seperti berikut:

AR (Acceptance Ratings) Penilaian Penerimaan – Dikira Secara mingguan (wajib maintain 30% ke atas)

CR (Cancellation Ratings) Penilaian Pembatalan – Dikira Secara mingguan (wajib maintain 10% ke bawah)

DR (Driver Ratings) Penilaian Pemandu – Sepanjang Hayat Pemandu (Setinggi yang mungkin)

 

 

AR & DR

Ratings adalah sangat penting untuk Pemandu Grab. Ratings ini akan memberi kesan kepada bayaran insentif atau pemandu boleh dibatalkan daripada menjadi Pemandu Grab. AR dan CR dikira berdasarkan peratusan dan akan dikemaskini pada setiap 00:00 Isnin. Sebagai contoh seorang pemandu menerima 4 Ping permintaan. Satu ping yang di ignore akan menyebabkan peratusan AR jatuh ke 75%. Begitu juga dengan CR yang menggunakan cara yang sama. Jika pemandu menerima permintaan dan membatalkannya, ini akan memberi kesan terhadap penilaian pembatalan dan dengan itu dinasihatkan untuk meminimumkan pembatalalan.

 

Terdapat beberapa senario di mana pemandu boleh membatalkan trip yang tidak menunjukkan puncanya adalah daripada kesilapan pemandu. Sekiranya pemandu tidak tiba atau muncul selepas 5 minit dari masa jangkaan tiba, kecuali GrabShare, pemandu sebenarnya mempunyai hak untuk membatalkan trip. Sila hubungi CS untuk menjelaskan kepada mereka jika hal ini berlaku supaya akaun anda tidak akan ditandakan untuk sebarang masalah.

 

Sila serahkan bukti sokongan anda melalui borang di bawah.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfS9-rYw_vaoR-xfxnZoIgXDkSvJamuIwi8ELz5UPDeWjmXYA/viewform

 

Pembatalan Memandu Dari Grab (Termination) 

Pemandu sepatutnya mengekalkan peratusan AR pada 30% ke atas dan CR di bawah 10% pada setiap minggu bagi mengelakkan pemandu menerima penalti dan akan dibatalkan. Sebagai contoh, jika pemandu menolak 1 ping untuk sepanjang minggu, ini akan menjadikan AR 0%. Pemandu dinasihatkn untuk menerima beberapa permintaan untuk mendapatkan semula nilai peratusan AR ke 30%.

 

Bagaimana sekiranya akaun saya diterminate oleh Grab ?

Kebiasaannya pemandu akan menerima amaran sekali di mana pemandu boleh menduduki semula kursus berkenaan prosedur pemanduan Grab. Pemandu akan dibatalkan sekiranya pemandu langsung tidak menjaga nilai penilaian setelah menjalani kursus tersebut. Seseorang pemandu juga tidak boleh mendaftar menggunakan akaun lain setelah pemanduannya dibatalkan.

 

DR (Driver Ratings)

Penilaian pemandu dinilai dari skala 1 hingga 5. Penilaian ini akan diberikan oleh penumpang setelah selesai perjalanan. Pemandu dinasihatkan untuk sentiasa berusaha mencapai 5 Bintang. Pengiraan insentif biasanya memerlukan pemandu untuk mempunyai lebih daripada 4.7 Bintang.

 

Insentif

Penilaian adalah sangat penting kerana merupakan faktor untuk pemandu memperoleh insentif daripada Grab. Sebagai cntoh, pemandu diperlukan untuk mempunyai 88% AR, di bawah 10% CR dan 4.7 DR untuk mencapai kualiti program insentif Grab.  Ini juga bergantung pada jenis program yang anda sertai dan juga kawasan yang anda memandu.